AGGOTA bomba menjalankan operasi mengeluarkan tangan kanan kanak-kanak perempuan yang tersepit pada pemegang eskalator di Stesen LRT Subang Jaya, malam tadi. FOTO Ihsan bomba
AGGOTA bomba menjalankan operasi mengeluarkan tangan kanan kanak-kanak perempuan yang tersepit pada pemegang eskalator di Stesen LRT Subang Jaya, malam tadi. FOTO Ihsan bomba
Raja Noraina Raja Rahim


Subang: Kanak-kanak perempuan berusia enam tahun tersepit tangan kanan pada pemegang eskalator di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Subang Jaya di sini, sebelum diselamatkan bomba, malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima panggilan mengenai kejadian pada 10.33 malam.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya dengan kekuatan enam pegawai serta anggota dikejarkan ke lokasi.

"Sebaik tiba di lokasi, pasukan mendapati tangan kanan seorang kanak-kanak perempuan tersepit pada bahagian pemegang eskalator.

"Anggota kemudian mengeluarkan tangan kanak-kanak itu menggunakan peralatan khas dengan dibantu pihak penyelenggara stesen berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, tangan kanak-kanak terbabit berjaya dikeluarkan dengan selamat dalam tempoh beberapa minit.

Katanya, kanak-kanak itu diserahkan kepada pasukan perubatan untuk rawatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Februari 2024 @ 7:48 AM