ANGKAP layar video tular Muhammad Syeraz Malique memerhatikan bapanya, Muhammad Syaif Hanipuddin solat. FOTO Ihsan Nurul Shafiqah Hashim
ANGKAP layar video tular Muhammad Syeraz Malique memerhatikan bapanya, Muhammad Syaif Hanipuddin solat. FOTO Ihsan Nurul Shafiqah Hashim
Redzuan Muharam

Rawang: Melentur buluh biarlah dari rebungnya adalah peribahasa sesuai bagi menggambarkan tindakan seorang lelaki berpakaian seragam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bersungguh mengajar anaknya solat hingga mendapat pujian warganet.

Kisah dua beranak itu mendapat perhatian selepas Nurul Shafiqah Hashim, 34, iaitu isteri lelaki berkenaan memuat naik video di TikTok, kelmarin hingga meraih lebih 403,000 tontonan.

Menyingkap kisah sebenar, Nurul Shafiqah dari Bukit Beruntung, di sini berkata, video suaminya, Kapten Muhammad Syaif Hanipuddin, 34, dan anak bongsunya , Muhammad Syeraz

Malique yang berumur setahun enam bulan itu dirakam selepas dia selesai solat Subuh di biliknya, Khamis lalu.

"Waktu itu, suami tengah solat kemudian anak bongsu saya bangun kemudian masuk dalam bilik dan berdiri di sebelah bapanya.

"Tapi dia tak kacau pun suami sebaliknya berdiri saja di sebelah dan melihat suami solat.

"Selesai solat, suami luangkan masa sekejap untuk ajar anak (solat) dan itu yang sempat saya rakam pada waktu itu," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Meskipun masih kecil, Nurul Shafiqah berkata, Muhammad Syeraz Malique sudah diajar dan tahu serba sedikit asas dalam solat.

"Muhammad Syeraz Malique tahu sujud macam mana kerana saya dan suami hantar ke taman asuhan kanak-kanak (taska) jadi dia belajar di situ.

"Di rumah pun nampak Muhammad Syeraz Malique dan anak sulung saya akan duduk sebelah suami setiap kali nampak ayah mereka itu bentang sejadah untuk solat.

"Cuma tempoh hari, saya sempat rakan dan muat naik video itu. Tak sangka pula ramai yang menontonnya tapi kebanyakan komen positif.

"Antara komen sempat saya baca adalah mereka katakan suami saya ayah yang hebat dan kagum dengan anak saya kerana duduk elok tak kacau suami tetapi rata-ratanya mendoakan anak saya," katanya.

#kw peribahasa, tindakan, lelaki, atm, anak, solat, warganet, video, tular, tiktok, rawang, selangor

tamat

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 January 2024 @ 8:22 PM