Suasana di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Air Papan, Mersing. FOTO APM JOHOR
Suasana di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Air Papan, Mersing. FOTO APM JOHOR
Izz Laily Hussein


Johor Bahru: Jumlah mangsa banjir di Johor terus menurun pagi ini dengan 338 orang (92 keluarga) masih menghuni enam pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, Mersing masih jadi daerah paling terjejas dengan dua PPS menempatkan 170 mangsa (45 keluarga).

"Kota Tinggi masih kekal dengan 84 mangsa (19 keluarga) yang ditempatkan di tiga PPS, manakala Kluang menyaksikan 84 mangsa (28 keluarga) di satu PPS," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga hari ini di Segamat, Kluang, Mersing dan Johor Bahru.

Sementara amaran ribut petir bagi Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Laporan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula menunjukkan paras Sungai Kepala Orang di Kota Tinggi sudah melepasi paras bahaya, manala empat sungai di Johor melepasi amaran.

Sungai itu adalah Sungai Lenik di Batu Pahat, Sungai Kahang di Kluang, Sungai Johor di Kulai dan Sungai Tiram di Johor Bahru.

Sehingga 8 pagi tadi, semua daerah di Johor dilaporkan hujan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 January 2024 @ 10:24 AM