Anggota bomba mengeluarkan enam mangsa dalam kereta Proton Wira yang terbabas dalam parit di Parit 8, Kampung Sungai Leman, hari ini. FOTO IHSAN BOMBA
Anggota bomba mengeluarkan enam mangsa dalam kereta Proton Wira yang terbabas dalam parit di Parit 8, Kampung Sungai Leman, hari ini. FOTO IHSAN BOMBA
Amirul Aiman Hamsuddin


Sekinchan: Seorang maut manakala lima cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam parit di Parit 8, Kampung Sungai Leman, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 6.24 pagi.

Menurutnya, sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Menurut laporan awal, nahas membabitkan Proton Wira dan Honda Civic yang terjunam ke dalam parit sedalam kira-kira satu meter.

"Terdapat enam mangsa dalam Proton Wira iaitu dua lelaki dan empat wanita.

"Dua lelaki berusia 50-an berjaya dibawa keluar anggota bomba dan orang awam, namun seorang daripadanya disahkan meninggal dunia," katanya dalam kenyataan, di sini.

Katanya, empat lagi mangsa iaitu dua wanita dan dua kanak-kanak perempuan hanya cedera ringan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Disember 2023 @ 10:54 AM