ANGGOTA polis dan penguat kuasa TNB mengambil tindakan pemotongan bekalan elektrik di premis yang didapati mejalankan aktiviti perjudian. FOTO Ihsan Polis
ANGGOTA polis dan penguat kuasa TNB mengambil tindakan pemotongan bekalan elektrik di premis yang didapati mejalankan aktiviti perjudian. FOTO Ihsan Polis
Raja Noraina Raja Rahim


Ampang: Sebanyak lima premis yang pernah diserbu kerana menjalankan kegiatan perjudian di daerah ini dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB), hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pemotongan bekalan elektrik itu dibuat pada 10.30 pagi.

"Tindakan itu susulan serbuan yang dilakukan pada 10 Disember lalu yang mana sebanyak lima premis disyaki menjalankan aktiviti perjudian dalam talian tanpa lesen sah di sekitar Ampang Jaya.

"Dalam serbuan itu, tangkapan dan rampasan mesin disyaki digunakan untuk aktiviti perjudian dirampas," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata, pemotongan elektrik itu dibuat mengikut Seksyen 21A(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 38(1A) Akta Bekalan Elektrik (Pindaan) 2001.

Katanya, kes turut disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti judi dalam talian supaya menyalurkannya kepada pihak polis dengan segera.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Disember 2023 @ 7:13 PM