ANGGOTA Bomba dan Penyelamat membawa jenazah mangsa yang ditemui lemas di dalam paya. FOTO Syaherah Mustafa
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat membawa jenazah mangsa yang ditemui lemas di dalam paya. FOTO Syaherah Mustafa
Syaherah Mustafa


Rantau Panjang: "Selepas dua jam, akhirnya jasad anak saya ditemukan, saya reda namun masih dalam keadaan terkejut," luah Nabihah Che Muda, 21,

Nabihah ibu kepada Firdaus Mohd Faisal, 15 bulan, yang ditemui lemas di dalam paya berdekatan Simpang Empat Salam, di sini, 2 petang, hari ini.

"Sepanjang proses pencarian, saya tidak senang duduk sebelum terusmengambil wuduk agar lebih tenang selain tidak putus-putus berdoa semoga dia dijumpai segera.

"Luluh hati saya melihat sekujur tubuh anak yang sudah lagi tidak bernyawa, tambahan pual Firdaus adalah satu-satunya cahaya mata yang saya ada.

"Lebih menyedihkan apabila suami saya jauh di Bangkok, Thailand, dan tidak ada bersama tetapi sudah dimaklumkan tentang apa yang terjadi," katanya yang juga warganegara Thailand.

Ketika kejadian, Nabihah membawa bayi berkenaan ke kedai saudaranya dengan tujuan membantu membasuh kedai terbabit selepas dilanda banjir.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Shapawi Stapa berkata, mangsa ditemui oleh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) di dasar paya.

"Anggota mengambil masa selama dua jam untuk menemui masa susulan kawasan dipenuhi rumput tebal dan sampah sarap selain paras air yang tinggi selepas kawasan berkenaan dilanda banjir sejak beberapa hari lalu.

"Mangsa diserahkam kepada pihak polis untuk dibawa ke Unit Forensik Hospital Pasir Mas (HPM)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Disember 2023 @ 3:25 PM