Pemandangan udara rumah penduduk yang tinggal di pesisir pantai di Kampung Binjai Bongkok. FOTO GHAZALI KORI
Pemandangan udara rumah penduduk yang tinggal di pesisir pantai di Kampung Binjai Bongkok. FOTO GHAZALI KORI
BERNAMA

Kuala Lumpur: Mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan berkurangan pagi ini, manakala di Perak tidak mencatatkan perubahan.

Di KELANTAN, penghuni PPS akibat banjir di jajahan Pasir Mas menurun kepada 3,077 orang daripada 957 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 3,109 orang daripada 969 keluarga malam tadi.

Sementara di PERAK, 39 orang daripada 10 keluarga kekal di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak, Teluk Intan, setakat 8 pagi ini.

Menurut JPBN Perak, paras Sungai Bidor, Changkat Jong pagi ini mencatatkan bacaan bahaya 3.55 meter dengan cuaca di daerah Hilir Perak diramalkan hujan pada petang dan malam ini.

Berkenaan laporan tanah runtuh di Selama, Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak memaklumkan laluan A021 Jalan Kubu Gajah-Ijok Sumpitan dibuka kepada semua kenderaan setelah kerja pembersihan dijalankan dengan Jalan Pintasan Kampung Sumpitan-Kampung Masjid sebagai laluan alternatif.

Laluan FT 1152 Felda Trolak Selatan di Batang Padang juga kekal dibuka satu lorong kepada semua kenderaan bagi pembaikan bahu jalan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Disember 2023 @ 10:18 AM