KERJA-kerja pemasangan cerucuk besi dan baik pulih cerun sedang dijalankan di lokasi kejadian tanah runtuh bagi mengawal pergerakan tanah di Jalan Wawasan, Puchong susulan kejadian tanah runtuh Sabtu lalu. FOTO Bernama

BERNAMA

Puchong: Kerja-kerja pemasangan cerucuk besi bagi mengawal pergerakan tanah di kawasan tanah runtuh di Jalan Wawasan, Taman Wawasan, di sini, dijangka siap dalam tempoh tiga ke empat hari lagi.

Yang Dipertua Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata setakat hari ini sebanyak 121 daripada 375 cerucuk sudah selesai ditanam.

"Lepas kerja pemasangan cerucuk besi selesai, proses pemulihan tebing kepada (struktur) asal akan dibuat, sebelum diteruskan kemudiannya dengan kerja-kerja menurap jalan, " katanya kepada Bernama di Pos Kawalan Tempat Kejadian di sini, hari ini.

Beliau berkata pada masa ini, punca kejadian tanah runtuh di kawasan itu masih lagi dalam siasatan Jabatan Mineral dan Geosains.

Sementara itu, tinjauan Bernama di lokasi mendapati beberapa anggota polis dan bomba masih membuat pemantauan berkala di lokasi tanah runtuh.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Disember 2023 @ 4:34 PM