Banjir di Terengganu.
Banjir di Terengganu.
Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Terengganu: Jumlah penduduk terjejas banjir di Terengganu menurun kepada 158.

Setakat 8 pagi, kesemua mangsa daripada 16 keluarga itu berada di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Dungun, Setiu dan Marang.

Ia membabitkan dua PPS di Marang serta masing-masing satu di Dungun dan Setiu.

Sementara itu, berdasarkan laman web rasmi Public InfoBanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, satu sungai di negeri ini melepasi paras amaran, manakala tiga lagi mencatatkan bacaan melepasi paras waspada.

Sungai Tebak di Jambatan Tebak, Kemaman yang mencatatkan bacaan 18.02 meter (m) direkodkan melepasi paras amaran.

Tiga lagi sungai yang merekodkan bacaan melepasi paras waspada adalah sungai di Hulu Terengganu, Kuala Nerus dan Kemaman.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Disember 2023 @ 9:15 AM