DATUK Hussein Omar Khan. FOTO Aizuddin Saad
DATUK Hussein Omar Khan. FOTO Aizuddin Saad
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil


Petaling Jaya: Satu pasukan khas akan ditubuhkan bagi menyiasat kematian kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6 susulan keputusan bedah siasat menemui ada unsur jenayah dalam kejadian itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kematian Allahyarham diklasifikasikan sebagai bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas mendapati terdapat kesan kecederaan pada leher dan badan.

Menurutnya, pihak polis akan merakam semula keterangan semua individu terbabit termasuk ibu bapa mangsa.

"Selain itu, kita turut wujudkan task force (pasukan khas) fokus untuk membantu siasatan.

"Kita akan rakam semula keterangan ibu dan bapa mangsa semula," katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu Harian Metro melaporkan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan yang dilapor hilang, ditemui meninggal dunia malam ini.

Bagaimanapun Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan mangsa mati dibunuh dan kertas siasatan dibuka untuk siasatan bunuh.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Disember 2023 @ 9:54 PM