SUSPEK wanita bersama teman lelaki dibawa ke lokap mahkamah, sejurus selesai permohonan reman. FOTO Abdul Rahemang Taiming
SUSPEK wanita bersama teman lelaki dibawa ke lokap mahkamah, sejurus selesai permohonan reman. FOTO Abdul Rahemang Taiming
Abdul Rahemang Taiming


Tawau: Seorang wanita bersama teman lelakinya direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan penemuan mayat bayi lelaki disyaki baru dilahirkan di tandas sebuah hospital di sini, 14 Oktober lalu

Reman terhadap kedua-dua suspek masing-masing berusia 24 dan 48 tahun itu dikeluarkan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan Seksyen 302 kanun yang sama.

Media sebelum ini melaporkan penemuan mayat bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan di dalam pam tandas hospital di sini dengan keadaan mulut disumbat dengan tisu.

Mayat bayi lelaki yang cukup sifat itu ditemui seorang pekerja pembersihan yang bertugas di hospital berkenaan kira-kira 7.10 pagi ketika sedang membuat kerja pembersihan di dalam dalam tandas itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, kedua-dua suspek yang tinggal menetap berhampiran di sebuah kampung dekat Muhibbah Raya di sini ditahan antara 11 pagi dan 2.55 petang semalam.

"Dengan tertangkapnya kedua-dua suspek ini, kita percaya dapat menyelesaikan kes ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Oktober 2023 @ 11:54 AM