MAYAT Abdul Rezan dibawa naik oleh pasukan penyelamat.
MAYAT Abdul Rezan dibawa naik oleh pasukan penyelamat.
Erika George


Bintangor: Seorang remaja lelaki ditemui mati lemas manakala seorang lagi rakannya masih hilang dibawa arus deras semasa mandi-manda di Sungai Meluan petang hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataannya berkata, mangsa yang dikenali sebagai Abdul Rezan Abdul Jalil yang berusia 15 tahun ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) terapung pada jarak 20 meter dari lokasi terakhir mangsa dilihat mandi pada jam 5.47 petang.

"Seorang lagi rakan mangsa yang dikenali sebagai

Ferdinand Raymond Jiram berusia 16 tahun bagaimanapun masih belum ditemui," jelasnya.

Pasukan SAR kemudiannya meneruskan usaha pencarian bagi mengesan mangsa yang kedua, bagaimanapun usaha pencarian dihentikan ekoran cuaca yang sudah beransur gelap.

Menurutnya, hasil maklumat awal yang diterima daripada bapa kepada Ferdinand, dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 3 petang itu anaknya dan mangsa dilihat sedang mandi-manda di sungai terbabit.

"Mangsa kemudiannya dilihat cuba untuk menyeberangi sungai berkenaan, namun gagal dan dihanyutkan arus deras sungai," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Oktober 2023 @ 10:28 PM