GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

Kuala Lumpur: Harga runcit petroleum bagi RON97, RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras harga RM3.47 seliter, RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter, bagi tempoh 28 September hingga 4 Oktober.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan, hari ini memaklumkan kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang ditetapkan.

"Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia, serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," menurut kenyataan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 September 2023 @ 6:19 PM