GAMBAR hiasan. FOTO Asyraf Hamzah
GAMBAR hiasan. FOTO Asyraf Hamzah
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Keadaan trafik di Lebuhraya Utara Selatan dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) lancar pada pasca pilihan raya negeri (PRN) hari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar berkata, pihaknya melaksanakan Op Lancar selama empat hari sehingga hari ini.

"Hari ini dijangka aliran trafik terkawal dan lancar biar pun jumlah kenderaan masih banyak kerana semalam sudah ramai yang bergerak pulang.

"Diingatkan pengguna jalan raya supaya berhati-hati dan patuhi peraturan lalu pintas serta arahan petugas penguat kuasa," katanya.

JSPT Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini menjangkakan berlaku pertambahan aliran kenderaan sehingga 1.9 juta di dua lebuh raya utama itu pada PRN semalam.

Fokus utama JSPT adalah memastikan aliran trafik lancar dan terkawal buat pengguna jalan raya yang pulang mengundi dan kembali semula ke ibu kota selepas hari pengundian.

Penugasan anggota JSPT tertumpu kepada negeri terbabit PRN seperti Terengganu, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, seterusnya lokasi di lebuh raya, jalan persekutuan, jalan negeri serta jalan bandaran terutama kawasan 'hot spot' yang berlaku kesesakan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Ogos 2023 @ 1:50 PM