DOMINIC Lau. FOTO arkib NSTP
DOMINIC Lau. FOTO arkib NSTP
Siti Aminah Mohd Yusof


Bayan Lepas: Presiden GERAKAN, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai ketinggalan 1,702 undi berdasarkan penjumlahan undi tidak rasmi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas.

Calon Pakatan Harapan (PH) dari AMANAH yang juga penyandang DUN Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz mendahului dengan selesa dengan meraih 12,730 undi.

Manakala Lau yang mewakili Perikatan Nasional (PN) mengumpul 11,028 undi dengan sebanyak 42 daripada 67 peti undi telah selesai dikira setakat tinjauan jam 9.15 malam ini

Lau pada ketika ini dikhabarkan berada di ibu kota bersama pimpinan PN pusat.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kerusi DUN Bayan Lepas dimenangi Azrul Mahathir dengan majoriti 5,245 undi selepas mendapat 12,504 undi dengan menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Rusli Hashim (7,259) dan Zarina Shinta Madar (2,497) dari PAS.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Ogos 2023 @ 9:11 PM