KENDERAAN dinaiki Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilihat memasuki Jabatan Perubatan Forensik HTAR, Klang, bagi menghadiri mesyuarat, malam ini.
KENDERAAN dinaiki Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilihat memasuki Jabatan Perubatan Forensik HTAR, Klang, bagi menghadiri mesyuarat, malam ini.
Raja Noraina Raja Rahim


Klang: Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan hadir di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, malam ini.

Beliau yang menaiki kenderaan rasmi Proton X70 tiba pada jam 8.30 malam bagi menghadiri mesyuarat berkaitan proses bedah siasat dan pengecaman identiti mangsa nahas pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1)

Difahamkan, mesyuarat berkenaan turut dihadiri wakil pihak berkaitan termasuk Pasukan Patalogi HTAR, Jabatan Kimia Malaysia dan pakar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Turut hadir Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim.

Terdahulu, jenazah pertama mangsa nahas pesawat berkenaan dituntut ahli keluarga pada 9.30 pagi tadi.

Jenazah Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, 32, dibawa ke Masjid Al-Rahimiah, di sini, untuk disolatkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al-Huda, Kampung Jerong, Kedah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Ogos 2023 @ 8:40 PM