GAMBAR IHSAN JPM
GAMBAR IHSAN JPM
BERNAMA

Kuala Lumpur: Kenyataan media bertajuk 'Siasatan Ke Atas Datuk Dr Zulkapli Mohamed, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam' bertarikh semalam yang didakwa dikeluarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah palsu, menurut Jabatan Perdana Menteri (JPM).

JPM menerusi akaun Facebook rasmi hari ini memaklumkan tindakan mengeluarkan kenyataan tersebut yang sedang tular menerusi media sosial ternyata berniat jahat dan mengelirukan rakyat.

"Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu," menurut JPM.

JPM turut meminta orang ramai merujuk kepada akaun media sosial rasmi JPM melalui platform Facebook, Twitter, Instagram dan TikTok untuk berita sahih.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Julai 2023 @ 12:44 PM