DATUK Seri Ramli Mohamed Yoosuf memberi perhargaan kapada Pengarah Filem Oppa, Denil Choong Lin pada majlis perlancaran trailer filem kesedaran anti scam yang berjudul Oppa di KL Wellness City Gallery. FOTO HAZREEN MOHAMAD
DATUK Seri Ramli Mohamed Yoosuf memberi perhargaan kapada Pengarah Filem Oppa, Denil Choong Lin pada majlis perlancaran trailer filem kesedaran anti scam yang berjudul Oppa di KL Wellness City Gallery. FOTO HAZREEN MOHAMAD
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Penipuan Love Scam antara kategori jenayah penipuan dalam talian yang kerap dilaporkan dengan 7,548 kes membabitkan nilai kerugian lebih RM382 juta dalam tempoh lima tahun ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kajian yang dilakukan jabatan ini turut mendapati, daripada sejumlah 7,548 kes yang direkodkan, 82.8 peratus atau 6,257 mangsa adalah wanita.

Menurutnya, manakala bakinya iaitu 1,297 kes membabitkan mangsa lelaki di mana mungkin lebih daripada itu, tetapi tidak dilaporkan.

"Kebanyakan wanita yang menjadi mangsa ini masih bujang dan ibu tunggal hanya kerana disebabkan cinta.

"Ada kes yang menjadi mangsa sehingga ditipu RM12 juta selepas mangsa mempercayai suspek namun polis percaya trend penipuan ini akan menurun menerusi kempen yang dijalankan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Trailer Filem Kesedaran Anti-Scam Oppa, di Kl Welness City, di sini, hari ini.

Ramli berkata, sebagai usaha untuk membanteras penularan kes-kes penipuan sebegini, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil telah melaksanakan

pelbagai aktiviti pencegahan jenayah komersil melalui Kempen Anti Scam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Pada hari ini, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil mencipta satu lagi kelainan dalam pelaksanaan Kempen Anti Scam.

"Melalui kerjasama dengan Syarikat Dream Film Sdn Bhd, sebuah filem anti scam bertajuk "Oppa" dihasilkan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Filem, Denil Choon Lin Loong berkata, filem ini menelan belanja RM1 juta tidak termasuk promosi di mana ia dilakonkan oleh polis yang sebenar.

"Ketika mengarah filem ini, saya turut belajar dengan pihak polis bagaimana cara betul menangkap penjenayah.

"Filem ini dijangkan akan ditayang hujung tahun ini atau tahun depan bergantung kepada kelulusan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Julai 2023 @ 5:50 PM