REV Media Group (REV) bersinar dalam kategori baharu dengan memenangi enam anugerah di MDA d Awards 2023.
REV Media Group (REV) bersinar dalam kategori baharu dengan memenangi enam anugerah di MDA d Awards 2023.
Nur Aisah Jumfrizal

SYARIKAT media digital terkemuka, REV Media Group (REV) terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju industri apabila berjaya merangkul pelbagai anugerah dalam beberapa kategori baharu di MDA d Awards 2023 Jumaat lalu.

Salah satu pencapaian terbaiknya adalah diiktiraf sebagai Best Digital Tech Product  dengan membawa pulang Emas untuk produk teknologi digital inovatif, MyUndi yang merevolusikan penyertaan warganegara dalam proses demokrasi.

Image

Memacu "Holistic Digital Experience for GE15" sebagai tema, MyUndi meningkatkan pengalaman pengguna dengan memberi peluang kepada individu untuk menggunakan platform itu dengan lancar sekali gus menjadikan REV sebagai peneraju utama dalam memanfaatkan teknologi untuk pemerkasaan komuniti.

Di samping itu, REV menerusi kerjasama SAYS dan Wiki Impact membawa kepada kemenangan Emas dalam kategori Best Use of Digital Marketing Innovation - Non-profit/Pro-bono Campaign.

Image

Kempen bersama, berjudul "Shining a Spotlight on Everyday Malaysians" mengaplikasikan pemasaran digital dengan berkesan bagi meningkatkan kesedaran dan mendorong perubahan positif, membuktikan komitmen REV dalam memberi impak yang bermakna melangkaui platform digital mereka.

Kemenangan ini menonjolkan pencapaian kecemerlangan REV dan memberi peluang untuk memperkukuhkan kedudukan syarikat itu dalam industri dengan memperkuat usaha dalam inisiatif "Environmental, Social and Governance" (ESG).

Oleh kerana REV menyedari pentingnya faktor persekitaran, sosial, dan tadbir urus, syarikat media digital itu komited untuk mengintegrasikan nilai-nilai ini dalam urusan perniagaan mereka.

Bukan itu sahaja, REV turut membawa pulang Perak dalam kategori Best Digital Publisher of the Year dan tiada pemenang Emas direkodkan bagi kategori ini, membuktikan dedikasi mereka untuk memperjuangkan evolusi data dan kandungan.

Image

Tumpuan mereka yang tidak berbelah bagi pada inovasi dan pengalaman yang berpusat pada pengguna meletakkan REV sebagai pelopor dalam landskap media digital.

Manakala, kempen Grabfood 5-Star membolehkan REV merangkul anugerah Perak untuk Best Use of Data kerana berjaya memadankan peminat makanan dengan restoran bertaraf tinggi di GrabFood dengan menawarkan pengalaman tanpa had kepada pengguna.

Image

Pencapaian ini menunjukkan kepemimpinan REV dalam memanfaatkan data untuk kecemerlangan pemasaran.

Kerjasama REV dengan IKEA pula membawa kepada kemenangan Perak untuk Best Use of Mobile dengan memanfaatkan teknologi mudah alih.

Image

"Sleep Festival"  yang diadakan adalah satu inisiatif berpaksikan teknologi mudah alih berjaya mengubah persepsi orang ramai terhadap tidur dengan menekankan kepentingannya. 

REV membabitkan penonton dan meningkatkan kesedaran, yang mengukuhkan reputasi mereka sebagai inovator dalam pemasaran mudah alih.

Image

Ketua Spark di REV, Ledwina In Jia Fang, juga membawa pulang anugerah Perak untuk Digital Person of the Year.

Mengulas lanjut mengenai evolusi dan komitmen berterusan mereka dalam inovasi, Ketua Pegawai Eksekutif REV, Samuel Wee berkata kemenangan dalam kategori baharu ini mempamerkan keazaman REV dalam memberi impak positif melalui teknologi dan pemasaran.

"Kami tetap teguh dalam mengukuhkan kedudukan REV sebagai peneraju dalam industri dan meningkatkan inisiatif ESG kami," katanya.

Pencapaian luar biasa REV Media Group mencerminkan ketahanan, kepintaran, dan usaha mereka yang tidak berbelah bagi untuk mencapai kecemerlangan.

Dengan tumpuan kepada produk teknologi digital dan inovasi pemasaran, REV bersedia memberi impak yang berkekalan dalam landskap media digital sekali gus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai peneraju industri.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Jun 2023 @ 4:15 PM