MOHD Rafizi Ramli. FOTO Arkib NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
MOHD Rafizi Ramli. FOTO Arkib NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
BERNAMA

Shah Alam: Badan Perhubungan UMNO Selangor hari ini menafikan ada mengeluarkan surat atau kenyataan yang mendesak Menteri Ekonomi Rafizi Ramli melepaskan jawatan beliau.

UMNO Selangor dalam kenyataan hari ini memaklumkan surat itu adalah palsu dan fitnah terhadap kepimpinan parti di negeri berkenaan.

Kenyataan itu memaklumkan UMNO Selangor tidak pernah mengeluarkan surat atau kenyataan mengenai perkara tersebut.

"Berita palsu seumpama ini sememangnya mempunyai agenda jahat untuk menjejaskan imej dan reputasi kepimpinan Badan Perhubungan UMNO Selangor serta Kerajaan Perpaduan dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Selangor yang akan datang," menurut kenyataan itu.

Katanya Badan Perhubungan UMNO Selangor terus komited bagi mengukuhkan kestabilan politik tanah air serta menyambut baik kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan dan akan mengambil tindakan tegas kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Jun 2023 @ 9:32 PM