Datuk Seri Aminuddin Harun
Datuk Seri Aminuddin Harun
Oleh Mohd Amin Jalil


Rembau: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun memaklumkan beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada 28 Jun ini.

Beliau berkata, ia bagi mendapatkan perkenan Tuanku berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

"Saya akan menghadap Tuanku pada Rabu depan (28 Jun) bagi meminta izin Tuanku untuk pembubaran DUN pada 30 Jun ini.

"Insya-Allah, semuanya akan berjalan lancar dan DUN akan dibubarkan pada 30 Jun," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama di sini, hari ini.

Negeri Sembilan antara lima negeri yang akan mengadakan PRN selain Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) 2018, Pakatan Harapan (PH) memenangi 20 kerusi DUN manakala Barisan Nasional (BN) sebanyak 16 kerusi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Jun 2023 @ 9:04 PM