Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil


Gombak: "Kau setakat lans koperal, kau tak layak, kau jadi pegawai dulu…pangkat dah lah rendah," itu tomahan dilemparkan seorang wanita dipercayai pegawai kanan polis kepada rakan sepasukan.

Kejadian itu tular selepas dua klip video berdurasi 24 dan 10 saat di muat naik di media sosial semalam dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Dalam video tular itu kelihatan seorang wanita tempatan mencemuh seorang anggota polis berpangkat lans koperal sambil seorang lagi anggota cuba menenangkan keadaan.

"Kau lans koperal…kau tak layak lah…kau pangkat lagi kecil dari aku...cara cakap macam OCPD (Ketua Polis Daerah) kau tak layak lah.

"Lans koperal berlagak macam apa? Lans koperal lah kau…pangkat dah lah rendah, pangkat rendah!" cemuh wanita terbabit sambil diperhatikan orang awam.

Kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah medan selera di sekitar Taman Seri Gombak, di sini, selepas dua anggota polis dipercayai sedang membuat rondaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Jun 2023 @ 1:00 PM