ANGGOTA bomba memadam kebakaran bangunan Buggy House di Kota Kinabalu. FOTO Ihsan Bomba.
ANGGOTA bomba memadam kebakaran bangunan Buggy House di Kota Kinabalu. FOTO Ihsan Bomba.
Juwan Riduan


Kota Kinabalu: Sebanyak 60 kenderaan 'buggy' musnah selepas bangunan Buggy House di Sabah Golf & Country Club (SGCC), Jalan Kolam, Bukit Padang, di sini, terbakar, tengah malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan pada 12.28 tengah malam.

"Kebakaran membabitkan bangunan 'Buggy House' kekal dua tingkat terbakar 80 peratus menyebabkan 60 buggy serta peralatan golf musnah terbakar," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, operasi terkawal pada 1.15 pagi.

Tiada mangsa dilaporkan terbabit dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan, katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Jun 2023 @ 1:14 PM