Gambar hiasan
Gambar hiasan
Abnor Hamizam Abd Manap


Jempol: Polis menahan 10 ahli kongsi gelap 'Geng 36' sebelum mereka sempat memulakan pergaduhan.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, polis sebelum itu menerima makluman pada 8 malam Khamis lalu mengenai sekumpulan lelaki berkumpul di hadapan sebuah rumah di Bahau dalam keadaan mencurigakan.

Bertindak atas maklumat, katanya, sepasukan anggota D7 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol bergegas ke lokasi dan berjaya menahan 10 lelaki berkenaan.

"Pemeriksaan lanjut menemukan parang, senjata tajam yang diubah suai dan lain-lain senjata yang disimpan serta disembunyikan berhampiran lokasi itu.

"Polis percaya kumpulan lelaki berkenaan membuat persediaan untuk pergaduhan dan melakukan jenayah," katanya dalam kenyataan.

ANTARA senjata yang dirampas selepas 10 anggota Geng 36 diberkas polis. FOTO Ihsan Polis.
ANTARA senjata yang dirampas selepas 10 anggota Geng 36 diberkas polis. FOTO Ihsan Polis.

Katanya, siasatan lanjut mendapati individu yang ditahan adalah ahli kumpulan kongsi gelap 'Geng 36' berdasarkan cacah pada badan dan gambar simbol '36' dalam telefon bimbit semua suspek.

"Polis membuka siasatan mengikut Seksyen 144 Kanun Keseksaan iaitu memiliki senjata dalam perhimpunan ymenyalahi undang-undang dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 memiliki senjata berbahaya di tempat awam.

"Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 dan kesemua suspek direman selama empat hari bermula Rabu lalu hingga esok," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Mei 2023 @ 9:30 PM