Omar Ahmad


Johor Bahru: Sebanyak 50 rumah di Kampung Melayu Majidee di sini, rosak akibat ribut petang tadi.

Selain rumah penduduk yang terjejas, beberapa warung, kedai makan dan hentian bas turut terjejas akibat pokok tumbang dan atap yang diterbangkan angin.

Penduduk Khatijah Mohd Amin, 60, berkata, ketika kejadian dia terdengar deruan angin yang terlalu kuat sebelum anaknya memaklumkan kedai makan miliknya di sebelah rumahnya dihempap pokok besar.

"Apabila saya keluar melihat kedai makan rosak, saya hanya mampu ucap Astagfirullah dan Alhamdulillah sahaja.

"Tidak mengapa ujian, Alhamdulillah kita semua masih selamat," katanya ketika ditemui di Jalan Merdeka di Kampung Melayu Majidee, di sini, hari ini.

Bagi Ibu Tunggal, Jamaliah Abdul Manaf, 43 tetap bersyukur apabila ibunya, Tijah Kassim, 73, selamat ketika ribut berlaku.

"Ketika kejadian, mak saya di dapur dan tiba-tiba hujan lebat dengan angin menderu dan bumbung terus tercabut, habis basah dapur dan barang pecah.

"Sebelum hujan saya lihat awan gelap, saya terus tutup elektrik kerana dua tahun lepas pun jadi perkara sama," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Mei 2023 @ 7:11 PM
PENDUDUK membersihkan  pokok yang menghempap kedai makan di Jalan Merdeka, Kampung Melayu Majidee. FOTO Omar Ahmad
PENDUDUK membersihkan pokok yang menghempap kedai makan di Jalan Merdeka, Kampung Melayu Majidee. FOTO Omar Ahmad