HOTEL AnCasa membawa kelainan dengan menyajikan lebih daripada 100 jenis sajian yang mencerminkan variasi juadah turun-temurun.
HOTEL AnCasa membawa kelainan dengan menyajikan lebih daripada 100 jenis sajian yang mencerminkan variasi juadah turun-temurun.
Oleh Noor Nabilah Ibrahim

Sempena sambutan Ramadan yang mulia ini, AnCasa Hotel Kuala Lumpur menyajikan pelbagai hidangan menarik bertemakan tema Sirih Pulang Ke AnCasa yang akan berlangsung dari 23 Mac 2022 sehingga 22 April 2023 di Kuala Lumpur.

Hotel AnCasa membawa kelainan dengan menyajikan lebih daripada 100 jenis sajian yang mencerminkan variasi juadah turun-temurun bagi menggamit memori masakan klasik pada masa lalu.

Cef Masakan Melayu terkenal, Cef Raja Kamaroszaman akan menjadi barisan hadapan mewakili cef pakar dalam menyediakan pelbagai hidangan tradisional Melayu yang lazat.

Antara juadah yang menjadi tarikan utama bagi promosi berbuka puasa yang akan berlangsung selama 31 hari ini adalah daging harimau menangis dan semur ikan toman.

Daging Harimau Menangis adalah hidangan istimewa yang berasaskan daripada daging bahagian tulang rusuk yang dibakar di atas arang beraroma dan dihidangkan bersama sos istimewa yang terdiri daripada gabungan bawang putih, bawang merah, sos ikan, rempah ratus serta kacang tanah yang dikisar bagi menghasilkan sajian yang mampu menggamit hati pelanggan ketika berbuka puasa.

Bagi penggemar hidangan menarik semur ikan toman, hidangan ini diperbuat daripada ikan air tawar yang dimasak dengan herba, rempah ratus dan sos kicap yang mampu memberikan rasa yang masam, manis dan pedas.

Pelanggan juga dapat menikmati gabungan hidangan dari dalam dan luar negara seperti kaunter Jepun, India dan roti John.

Aneka pilihan pencuci mulut seperti puding roti dan mentega yang terkenal, kek keju AnCasa, aneka jeli yang lazat serta pencuci mulut tradisional seperti cendol durian, apam balik, pastri dan kek tradisional turut disajikan bagi mencerminkan juadah-juadah klasik.

Pilihan minuman yang terdiri daripada jus kacang soya, jus jagung, sirap selasih, air mata kucing dan minuman kegemaran seperti teh dan kopi tarik turut disajikan mengikut cita rasa pelanggan.

Promosi Ramadan 2023 Sirih Pulang Ke AnCasa ini akan bermula pada jam 7.00 malam dan berakhir pada 10.00 malam dengan harga RM98 nett untuk dewasa dan RM58 nett untuk kanak-kanak serta warga emas.

Untuk pelanggan yang ingin merasakan suasana menyambut Ramadan di bandar, Hotel AnCasa turut menyediakan promosi Ramadan Stay and Dine pada harga RM306 nett satu bilik semalam merangkumi pakej sahur dan bufet Ramadan untuk dua orang.

Sekiranya pelanggan ingin menyalurkan kasih sayang dan bersedekah pada bulan mulia ini, AnCasa Hotel menyediakan program inisiatif iaitu Infaq Ramadan di mana mereka memberi peluang kepada anak-anak yatim untuk berkongsi pengalaman berbuka puasa bersama pada harga RM58 nett untuk setiap kanak-kanak iaitu sepuluh orang untuk setiap meja.

Pihak hotel akan turut membantu dalam menguruskan anak-anak dari rumah anak yatim.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut mengenai Promosi Ramadan 2023, Sirih Pulang Ke AnCasa ini, hubungi talian 03-2026 6060 atau layari laman web www.ancasahotels.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 April 2023 @ 7:50 AM