DATUK Ayob Khan Mydin Pitchay. FOTO Mikail Ong.
DATUK Ayob Khan Mydin Pitchay. FOTO Mikail Ong.
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay akan dilantik menjadi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) berkuat kuasa 16 April ini.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, lantikan itu dibuat susulan penyandang jawatan itu, Datuk Seri Abd Jalil Hassan akan bersara wajib.

"Perlantikan itu akan berkuat kuasa 16 April ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum menyandang jawatan Pengarah JSJN, Ayob Khan pernah menjadi Ketua Polis Johor sejak Mac 2020.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Mac 2023 @ 9:33 PM