Muhammad Helmi Abdullah
Muhammad Helmi Abdullah
Noor Hidayah Tanzizi


Kuala Lumpur: Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula pada Khamis ini dan berterusan sehingga pertengahan Mei depan.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, permulaan fasa itu sekali gus menandakan Monsun Timur Laut yang bermula 7 November lalu sudah berakhir.

Menurutnya, ketika fasa peralihan monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang kondusif untuk kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat.

"Kejadian ini berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di negeri pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak.

"Keadaan cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan untuk lebih berwaspada ketika tempoh itu dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi jabatan berkenaan.

Katanya, orang ramai juga boleh menghubungi Hotline MetMalaysia di talian 1-300-22-1638 bagi

sebarang pertanyaan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Mac 2023 @ 4:27 PM