GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
Noor Hidayah Tanzizi

Kuala Lumpur: Hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di Rompin, Pahang dan Segamat, Kluang dan Mersing di Johor, hingga esok.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu catatan di Facebook rasminya turut memaklumkan hujan lebat berterusan tahap buruk turut diramal berlaku di Pekan, Pahang.

Menurutnya, selain itu cuaca sama turut dijangka berlaku di beberapa tempat di Johor membabitkan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru juga sehingga esok.

"Hujan berterusan tahap waspada pula dijangka berlaku di Pahang membabitkan Maran, Kuantan dan Bera selain Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan serta Melaka hingga esok.

"Di Sarawak, kawasan yang dijangka berlaku hujan berterusan hingga hari ini ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Mac 2023 @ 10:06 AM