JALAN utama memasuki bandar Kota Tinggi, Johor ditutup susulan banjir. FOTO Nur Aisyah Mazalan.
JALAN utama memasuki bandar Kota Tinggi, Johor ditutup susulan banjir. FOTO Nur Aisyah Mazalan.
BERNAMA

Serdang: Kerajaan Persekutuan akan menyalurkan bantuan segera banjir berjumlah RM50 juta kepada negeri Johor.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan berkenaan, akan digunakan bagi membantu mangsa banjir serta keperluan-keperluan segera di negeri itu.

"RM50 juta untuk Johor, segera...untuk sungai (pengurusan) dan bantu mangsa banjir dan apa pun keperluan yang segera," kata beliau kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini.

Anwar berkata beliau juga akan ke Johor bagi melawat mangsa banjir di sana, dalam masa terdekat.

"Beberapa menteri turun hari ini (di Johor) dan esok sebahagian lagi, dan saya akan atur dalam masa singkat (lawat mangsa banjir di Johor)," kata beliau.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Mac 2023 @ 4:29 PM