LAPORAN Harian Metro sebelum ini.
LAPORAN Harian Metro sebelum ini.
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Polis sedang mengesan pemilik akaun Twitter yang membuat ciapan berunsur fitnah mendakwa seorang lelaki tidak dibenarkan membuat laporan berhubung kes kemalangan hingga tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, laporan polis sudah dibuat dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

"Usaha mengesan suspek sedang dilaksanakan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Harian Metro semalam melaporkan satu ciapan dimuatnaik oleh seorang lelaki yang menggunakan laman sosial 'Twitter' @ManiamMKM mendakwa terdapat satu kemalangan berlaku di kawasan Bukit Damansara.

Pengadu memaklumkan mangsa tidak dibenarkan membuat laporan di Balai Bukit Damansara dan diminta untuk pergi ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI) atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

Bagaimanapun hasil siasatan awal mendapati, pondok polis yang dimaksudkan adalah Pondok Polis Komuniti di Bukit Damansara yang ditutup sejak tahun 2010 dan tidak beroperasi lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Februari 2023 @ 11:54 PM