LELAKI maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar bahagian belakang sebuah kereta di Kilometer 29.1 Lebuhraya Persekutuan hala Klang, dekat Petaling Jaya, semalam.
LELAKI maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar bahagian belakang sebuah kereta di Kilometer 29.1 Lebuhraya Persekutuan hala Klang, dekat Petaling Jaya, semalam.
Nurul Hidayah Bahaudin


Petaling Jaya: Lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar belakang sebuah kereta di Kilometer 29.1 Lebuhraya Persekutuan arah Klang, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada 10.06 malam tadi.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika pemandu kereta yang berada di lorong kedua dari kanan dihampiri sebuah motosikal yang tiba-tiba masuk ke lorong sama dari arah belakang.

"Motosikal kemudian terus melanggar belakang kereta berkenaan mengakibatkan penunggang motosikal berusia 48 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor R Navalan di talian 014-2536820 bagi membantu siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Februari 2023 @ 3:55 PM