LOKASI mangsa dipercayai di sambar buaya ketika keluar memancing di kawasan paya bakau berhampiran Ladang Pegagau, dekat sini, petang semalam. FOTO ihsan pembaca
LOKASI mangsa dipercayai di sambar buaya ketika keluar memancing di kawasan paya bakau berhampiran Ladang Pegagau, dekat sini, petang semalam. FOTO ihsan pembaca
Abdul Rahemang Taiming

Semporna: Penyelia ladang hilang selepas disambar buaya ketika memancing bersama rakannya di kawasan paya bakau berhampiran Ladang Pegagau, di sini semalam.

Ketua Balai Bomba Air Semporna, Abdul Kadir Ab Halalan berkata, mangsa dikenali Marvin Susa Dequillia, 36, warga Filipina telah keluar memancing kira-kira 2 petang sebelum pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.30 petang.

Menurutnya, ketika kejadian tali pancing mangsa dikatakan tersangkut dalam air dan mangsa bertindak mengambil kayu panjang untuk melepaskan tali pancing berkenaan.

"Bagaimanapun, secara tiba-tiba seekor buaya muncul lalu membaham kedua kaki mangsa, dan beberapa kali dilihat timbul di permukaan air dengan jasad mangsa berada di mulut reptilia itu.

"Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang diaktifkan sejak semalam sebelum ditangguhkan pada 6 petang tadi," katanya ketika dihubungi.

Abdul Kadir berkata, operasi pencarian yang dibantu anggota polis, pekerja Ladang Pegagau, penduduk kampung serta nelayan akan bersambung semula esok.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 January 2023 @ 9:20 PM