Pasangan adik beradik dan seorang pengarah syarikat wanita ditahan SPRM  disyaki  mengemukakan tuntutan palsu melibatkan pembelian kertas pencetak haba bernilai lebih RM400,000. FOTO Ihsan SPRM
Pasangan adik beradik dan seorang pengarah syarikat wanita ditahan SPRM disyaki mengemukakan tuntutan palsu melibatkan pembelian kertas pencetak haba bernilai lebih RM400,000. FOTO Ihsan SPRM
Samadi Ahmad


Putrajaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua beradik dan seorang individu selepas dipercayai mengemukakan tuntutan palsu membabitkan pembelian kertas pencetak haba bernilai lebih RM400,000.

Sumber berkata, adik-beradik lelaki berusia 40-an dan 50-an itu berjawatan pengarah dalam syarikat tersenarai awam.

Menurutnya, mereka dipercayai bersubahat bersama seorang lagi suspek wanita berusia 40-an yang juga pengarah di sebuah syarikat lain.

"Pasangan adik-beradik itu dipercayai bersubahat bagi membuat 16 pembayaran kepada wanita berkenaan yang membuat tuntutan palsu sejak 2020.

"Susulan itu, ketiga-tiga suspek direman selama tiga hari bermula hari ini untuk membantu siasatan lanjut," katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan ketiga-tiga suspek.

Menurutnya, mereka ditahan ketika ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, di sini, malam semalam untuk siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 January 2023 @ 6:22 PM