NSTP mengumumkan pelantikan M Thillinadan sebagai Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian (BH) berkuat kuasa 1 Januari lalu.
NSTP mengumumkan pelantikan M Thillinadan sebagai Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian (BH) berkuat kuasa 1 Januari lalu.
Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Pengarang Eksekutif Kandungan dan Digital Berita Harian (BH), M Thilinadan dilantik sebagai Timbalan Pengarang Kumpulan BH berkuatkuasa 1 Januari lalu.

Pelantikan itu berikutan pelantikan Pengarang Kumpulan BH Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman sebagai Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP).

Ahmad Zaini berkata, pelantikan itu bertujuan melancarkan pengurusan dan tugasan editorial BH.

"Pelantikan ini akan dapat membantu proses peralihan dalam melancarkan operasi harian terutama rancangan perniagaan tiga tahun BH mulai tahun ini dan seterusnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Thilinadan, 59, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dan Sains Sosial (pengkhususan dalam bidang Penulisan Kreatif dan Deskriptif) dari Universiti Malaya pada tahun 1987 dan menyertai BH sebagai pelatih pada tahun sama, sebelum diserap sebagai kakitangan tetap pada tahun 1990.

Pada Disember 1995, beliau dilantik sebagai Ketua Biro Pulau Pinang dan kembali ke ibu pejabat NSTP di Balai Berita Bangsar pada tahun 1999 sebagai Penolong Pengarang Berita.

Berdasarkan pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang kewartawanan, Thillinadan memegang banyak jawatan editorial di BH termasuk Pengarang Berita, Pengarang Berita Kanan, Pengarang Bersekutu, Pengarang Eksekutif Convergence, NSTP pada Disember 2017.

BH ialah akhbar harian Bahasa Melayu dan akhbar mingguan Ahad termasuk pelbagai platform digital yang menyajikan berita terkini dan ulasan mendalam berkenaan isu-isu semasa.

Ia adalah akhbar rakyat, oleh rakyat dan khususnya untuk rakyat yang diasaskan pada 1 Julai 1957.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 January 2023 @ 6:25 PM