SHALINI dilaporkan hilang di sekitar Flora Damansara, Damansara Perdana, Petaling Jaya, semalam. FOTO ihsan Polis PJ
SHALINI dilaporkan hilang di sekitar Flora Damansara, Damansara Perdana, Petaling Jaya, semalam. FOTO ihsan Polis PJ
Amir Abd Hamid


Petaling Jaya: Orang ramai diminta membantu mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang di sekitar Flora Damansara, Damansara Perdana, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, remaja berkenaan dikenali Shalini Krishnan.

Katanya, remaja itu kali terakhir dilihat berada di rumahnya di Flora Damansara, Damansara Perdana kira-kira 6.55 pagi

"Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menerima laporan berhubung kes kehilangan remaja warga tempatan itu pada Selasa jam 9.22 pagi.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan mohon tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Fakhrudin berkata, orang ramai juga boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Amir Hakimi Zakaria di talian 013-3783178.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 January 2023 @ 8:46 PM