GAMBAR hiasan. FOTO Ghazali Kori.
GAMBAR hiasan. FOTO Ghazali Kori.
Amir Abd Hamid

Kuala Lumpur: Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2022 akan dilaksanakan pada 16 hingga 19 Januari; 30 dan 31 Januari serta 2 Februari depan.

Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan seramai 4,634 calon sudah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM di 134 pusat peperiksaan seluruh negara.

"KPM ingin mengingatkan semua calon untuk merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan, serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.

"Jadual waktu peperiksaan STAM tahun 2022 boleh dimuat turun dari laman sesawang Lembaga Peperiksaan di pautan http://lp.moe.gov.my," katanya dalam kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, calon turut diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.

Selain itu, katanya, calon juga hendaklah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan pengendalian peperiksaan STAM tahun 2022.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 January 2023 @ 7:18 PM