GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
Baharom Bakar

Kuala Terengganu: Sungai Chalok di Jambatan Chalok, Setiu, melepasi paras amaran hari ini.

Berdasarkan laman web rasmi Public InfoBanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri yang dikemas kini sehingga jam 9.30 pagi ini, Sungai Chalok merekodkan bacaan 7.32 meter (m) melepasi paras amaran 7.0m.

Sementara, 20 lagi sungai di Terengganu masih merekodkan bacaan normal.

Hujan lebat dan angin yang berterusan sejak Jumaat menyebabkan paras air sungai naik.

Difahamkan, Jawatankuasa Bencana negeri ini sudah berada dalam keadaan bersiap siaga menghadapi banjir gelombang ketiga.

Beberapa kawasan rendah dilaporkan sudah dinaiki air dan penduduk mula membuat persiapan untuk berpindah ke PPS.

Difahamkan, penduduk yang tinggal di kawasan Perumahan Taman Murni Permai di Kampung Tok Jembal, Kuala Nerus sudah bersiap sedia untuk berpindah ke PPS, berikutan air di kawasan itu semakin naik.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 January 2023 @ 10:47 AM