ANGGOTA Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) menyelamatkan  mangsa banjir di Kampung Kepah hari ini. FOTO Bernama.
ANGGOTA Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Kepah hari ini. FOTO Bernama.
Zatul Iffah Zolkiply


Setiu: Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus meningkat apabila 5,494 orang terjejas di tujuh daerah kecuali Kuala Nerus.

Setakat jam 10 malam tadi, kesemua mangsa daripada 1,627 keluarga kini ditempatkan 103 pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh daerah.

Ia menunjukkan peningkatan ketara berbanding hanya seramai 1,866 orang daripada 512 keluarga dipindahkan ke 38 PPS di enam daerah pada jam 4 petang tadi.

BEBERAPA penduduk mengharungi banjir untuk ke tempat selamat selepas kampung mereka dilanda banjir semasa tinjauan di Kampung Besut hari ini. FOTO Bernama.
BEBERAPA penduduk mengharungi banjir untuk ke tempat selamat selepas kampung mereka dilanda banjir semasa tinjauan di Kampung Besut hari ini. FOTO Bernama.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, Hulu Terengganu menunjukkan penambahan jumlah mangsa yang ketara apabila 2,207 mangsa daripada 732 keluarga berada di 34 PPS.

Ia sekali gus menyaksikan daerah berkenaan paling ramai terjejas susulan hujan berterusan bermula semalam.

Ia diikuti daerah Besut yang membuka 40 PPS bagi menempatkan 461 keluarga membabitkan 1,712 mangsa.

Di Setiu, seramai 725 mangsa daripada 227 keluarga kini ditempatkan di 11 PPS berbanding hanya 196 mangsa daripada 67 keluarga di lima PPS petang tadi.

Daerah Kemaman turut menunjukkan pertambahan mangsa apabila seramai 598 orang dipindahkan ketujuh PPS.

Seramai 196 mangsa daripada 46 keluarga yang terjejas di Dungun berada di sembilan PPS sementara satu PPS diaktifkan di Marang bagi menempatkan 12 keluarga membabitkan 43 mangsa.

Di Kuala Terengganu, 13 mangsa masih berada di sebuah PPS di daerah berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Disember 2022 @ 11:58 PM