SEORANG pesakit jantung dibawa menerusi penerbangan ihsan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSH) di Alor Setar. FOTO Ihsan JBPM.
SEORANG pesakit jantung dibawa menerusi penerbangan ihsan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSH) di Alor Setar. FOTO Ihsan JBPM.
Zuliaty Zulkiffli


Alor Setar: Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pangkalan Udara Wilayah Utara hari ini melakukan penerbangan ihsan membawa seorang pesakit jantung dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSH), di sini.

Penguasa Kanan Bomba II Pangkalan Udara Wilayah Utara, Muhammad Fisol Rosli dalam kenyataannya berkata, penerbangan perubatan Medevac 'A' menggunakan pesawat AW139 (9M-BOD) itu turut membawa tiga petugas kesihatan termasuk pegawai perubatan.

Beliau berkata, pesawat yang membawa pesakit dari Hospital Sultanah Maliha (HSM) dari Langkawi itu, V Subramaniam yang berusia 61 tahun itu mengalami masalah jantung 'Acute Inferior Myocardial Infarction' itu berlepas dari Langkawi pada jam 10.02 pagi dan tiba di sini pada jam 10.30 pagi.

"Operasi keseluruhan penerbangan yang membabitkan lima kru itu hanya mengambil masa kira-kira 28 minit.

"Sebaik tiba, pesakit itu dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Disember 2022 @ 9:37 PM