SEBAHAGIAN Kampung Tersang berhampiran Sungai Golok digenangi banjir sejak semalam menunjukkan paras melebihi tahap bahaya. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
SEBAHAGIAN Kampung Tersang berhampiran Sungai Golok digenangi banjir sejak semalam menunjukkan paras melebihi tahap bahaya. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
BERNAMA

Kota Bharu: Seramai 280 mangsa banjir daripada 84 keluarga ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Pasir Mas setakat 9 pagi ini, meningkat berbanding 120 mangsa daripada 35 keluarga malam tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kelantan, kesemua mangsa banjir ditempatkan di PPS SK Tok Deh, Rantau Panjang.

JPBN Kelantan turut memaklumkan Sungai Golok di Rantau Panjang masih menunjukkan trend menaik dan berada di paras bahaya iaitu 9.66 meter (m) berbanding bacaan normal lima meter.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Disember 2022 @ 10:43 AM