Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan sekatan jalan raya (SJR) di lokasi strategik di setiap daerah di seluruh negara secara penugasan 24 jam bermula, hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, langkah itu adalah sebahagian daripada usaha PDRM mencegah jenayah melalui peningkatan tahap 'omnipresence' bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.

"Demi keselesaan pengguna jalan raya dan kelancaran lalu lintas, tiada halangan SJR akan dijalankan pada waktu puncak pada siang hari," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Acryl Sani berkata, orang ramai diminta memberikan kerjasama dalam mematuhi arahan yang diberikan ketika melalui SJR, terutama di luar waktu puncak.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 November 2022 @ 11:49 AM