Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Kenderaan dipercayai membawa Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun dilihat memasuki Istana Negara pada jam 1.26 tengah hari.

Kenderaan jenis Toyota Vellfire itu masuk ke Istana Negara melalui pintu 2.

Setakat ini hanya speaker Dewan Rakyat dilihat memasuki istana.

Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dilihat keluar dari Istana Negara pada jam 12.07 tengah hari.

Terdahulu, pengamal media mula berkumpul di pekarangan pintu satu dan dua Istana Negara sejak pagi ini.

KENDERAAN dipercayai membawa Azhar Azizan tiba di pintu 2 Istana Negara. FOTO Aizuddin Saad.
KENDERAAN dipercayai membawa Azhar Azizan tiba di pintu 2 Istana Negara. FOTO Aizuddin Saad.

Istana Negara terus menjadi tumpuan apabila gabungan parti politik yang dipersetujui perlu mengemukakan nama seorang Ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti untuk menjadi calon Perdana Menteri Ke-10 kepada Yang di-Pertuan Agong, sebelum jam 2 petang ini.

Ketua parti dijangka dipanggil untuk menghadap bagi Seri Paduka mendapatkan kepastian sendiri daripada mereka mengenai pendirian gabungan blok parti.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 November 2022 @ 2:05 PM