TWIT Khairy di Twitter menafikan akwa Khairy mengarahkan seorang individu menamatkan hayat politik Tok Mat. FOTO Twitter
TWIT Khairy di Twitter menafikan akwa Khairy mengarahkan seorang individu menamatkan hayat politik Tok Mat. FOTO Twitter
Sudirman Mohd Tahir


Kuala Lumpur: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin menafikan mesej WhatsApp yang tular membabitkan dirinya.

Ia membabitkan kandungan paparan skrin mesej mendakwa Khairy mengarahkan individu terbabit menamatkan hayat politik Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan (Tok Mat) yang bertanding di Parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini.

Khairy menerusi ciapan di Twitter berkata, mesej yang memaparkan nama pengirim 'Boss KJ' itu adalah palsu dan berunsur fitnah.

"Fake (palsu). Tak perlu sebar fitnah black ops, 'source: trust me bro' macam ni. Laporan polis dan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) akan dibuat termasuk terhadap akaun Dr. Bigger balls ini.

"Tolak fitnah dan politik kotor. Fokus pada #KitaJagaSungaiBuloh #KJ4SB," tulisnya.

Terdahulu, Khairy membuat ulang twit ciapan akaun Dr Bigger balls yang memaparkan perbualan WhatsApp didakwa antara Khairy dan seorang individu itu.

Mesej itu turut menyatakan individu itu dijanjikan jawatan Setiausaha Politik sekiranya Khairy menjadi Perdana Menteri.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 November 2022 @ 10:12 AM