RAZMAN (dua kanan) menunjukkan kenyataan media berhubung maklum balas tuntutan saman RM5 juta dari di Hotel Kelisa, Bagan Serai. FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi.
RAZMAN (dua kanan) menunjukkan kenyataan media berhubung maklum balas tuntutan saman RM5 juta dari di Hotel Kelisa, Bagan Serai. FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi.
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi


Bagan Serai: Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, beliau tidak akan meminta maaf berhubung maklum balas politik semasa di Perak dan kes saman RM5 juta yang dibuat Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya.

Katanya, dia yakin tidak memfitnah dan ia berdasarkan kenyataan-kenyataan pimpinan PH sepanjang 22 bulan dan pendedahan yang disebut di luar negara.

"Ini sebenarnya adalah kenyataan yang disembunyikan dari pengetahuan rakyat dan saya yakin saya tidak fitnah.

"Nilai saman RM5 juta yang dibuat itu amat kecil nilainya berbanding dengan akidah ummah.

"Orang Islam di Malaysia kena faham bahawa pimpinan PH dan Anwar tidak layak jadi Perdana Menteri," katanya dalam sidang media khas di Hotel Kelisa, hari ini.

Tambahnya lagi tindakannya dia dan Pas Perak untuk tidak memohon maaf berikutan mahu menjaga ummah, kelangsungan islam dan tidak melepaskan Perak untuk ditadbir PH khususnya DAP.

Ditanya mengenai adakah beliau sanggup berdebat terbuka bersama Anwar, Razman menegaskan beliau berbuat demikian.

"Boleh tak ada masalah, bila-bila masa. Dia pun ada di sini dan jika dia 'call' Pakteh untuk berjumpa, jom kita berjumpa.

"Pakteh pun ada nak tanya dia beberapa perkara," katanya.

Terdahulu media melaporkan Anwar mengemukakan saman RM5 juta terhadap Razman mengenai ucapannya yang mengatakan pemimpin PH itu mempunyai agenda Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) dan ingin menyerahkan kuasa kepada DAP.

Selain itu Calon PH Parlimen Bagan Serai, Siti Aishah Saikh Ismail juga membuat laporan polis di IPD Kerian berhubung perkara sama.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 November 2022 @ 6:25 PM