AZLAN mengesahkan penggantungan Ketua Wanita Umno Bahagian Arau. FOTO Arkib NSTP.
AZLAN mengesahkan penggantungan Ketua Wanita Umno Bahagian Arau. FOTO Arkib NSTP.
Aizat Sharif


Kangar: Umno Perlis mengesahkan bahawa Ketua Wanita Umno Bahagian Arau, Datin Seri Shamsiah Yasin yang juga isteri kepada penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim digantung sementara jawatan di peringkat cawangan dan bahagian Umno.

Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Perlis, Datuk Seri Azlan Man ketika dihubungi mengesahkan penggantungan berkenaan yang dibuat berkuatkuasa hari ini.

"Ya, memang Ibu Pejabat Umno sudah pun buat keputusan penggantungan ini.

"Atas dasar apa, ia tak dimaklumkan kepada kami namun ia dibuat selaras fasal yang relevan dalam Perlembagaan Umno," katanya.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan menyatakan bahawa Shamsiah dan Ketua Wanita Umno Bahagian Maran, Datin Seri Fatimah Kassim digantung sementara keseluruhan jawatan di peringkat cawangan dan bahagian.

Penggantungan kedua-dua tokoh berkenaan dikatakan kerana ada aduan sahih berkenaan tingkah laku sikap dan kecenderungan kedua-dua Ketua Wanita Umno Bahagian terbabit secara langsung atau tidak langsung dan menyokong calon parti lawan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 November 2022 @ 5:14 PM