ANGGOTA polis memasang penghadang bagi mengawal kemasukan penyokong parti memasuki kawasan penamaan calon. FOTO Aizuddin Saad
ANGGOTA polis memasang penghadang bagi mengawal kemasukan penyokong parti memasuki kawasan penamaan calon. FOTO Aizuddin Saad
Fahmy A Rosli


Image

Tambun: Suasana di luar Pusat Penamaan Calon (PPC) bagi kerusi Parlimen Tambun dekat Institut Latihan Perindustrian Ipoh pada awalnya hening tanpa provokasi bertukar panas apabila penyokong Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) mula memprovokasi antara satu sama lain.

Bahang kerusi panas Parlimen Tambun itu bermula ketika calon PN yang juga penyandang kawasan itu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bersama pasukannya berkumpul di hadapan penyokong PH untuk menuju ke PPC.

Kedua-dua penyokong berkumpulan bersebelahan yang dipisahkan sekatan polis

Antara kata-kata yang dilontarkan penyokong PH adalah pengkhianat kepada Faizal Azumu.

Penyokong PN pula membalasnya dengan sorakan takbir dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 November 2022 @ 9:52 AM