ANTARA kawasan yang terjejas ekoran ban pecah. FOTO ihsan Bomba
ANTARA kawasan yang terjejas ekoran ban pecah. FOTO ihsan Bomba
BERNAMA

Shah Alam: Sebuah ban berhampiran Pekan Tanjong Karang, dekat sini pecah ketika kerja-kerja menaik taraf benteng berkenaan dijalankan, menyebabkan berlaku limpahan di kawasan berdekatan.

Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis berkata setakat ini, kesemua kawasan telah surut dan dalam keadaan terkawal.

"Anggaran ketinggian paras air ketika kejadian kira-kira tiga kaki (0.91 meter) selain keadaan terkawal. Tiada pusat pemindahan dibuka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Norazam berkata, pihaknya akan memantau dari semasa ke semasa bagi persediaan fenemona air pasang besar yang akan berlaku pada 6 petang ini.

Katanya, Jabatan Pengaliran dan Saliran Selangor sedang dalam pembaikan ban dan diusahakan siap sebelum air pasang berlaku.

Berita berkaitan:

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Oktober 2022 @ 1:25 PM