GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
BERNAMA

Melaka: Sungai Melaka di Batu Hampar di sini, melepasi paras bahaya dua meter (m) apabila merekodkan bacaan 2.17 m pada 9 pagi ini, menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di laman sesawangnya di https://https://publicinfobanjir.water.gov.my/.

Selain itu, Sungai Kesang di Telok Rimba, Jasin, berada di paras 3.26 m dan Sungai Duyong di Duyong, Melaka Tengah (1.71 m), masing-masing melepasi paras amaran 3.25 m dan 1.38 m.

Sementara itu, Lencongan Sungai Malim di Klebang Besar melepasi paras berjaga-jaga apabila mencatatkan paras 1.56 m (paras berjaga-jaga, 0.5 m).

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang, dijangka berlaku di beberapa negeri sehingga 1 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan antara negeri terbabit adalah Selangor yang merangkumi kawasan Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang serta Putrajaya dan Melaka.

Dua lagi negeri adalah Negeri Sembilan meliputi Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin, manakala di Johor membabitkan kawasan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Oktober 2022 @ 10:59 AM