ISMAIL Sabri. FOTO Arkib NSTP
ISMAIL Sabri. FOTO Arkib NSTP
BERNAMA

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul kepada semua umat Islam walau di mana mereka berada.

Beliau berkata, Nabi Muhammad SAW adalah pemimpin ulung yang menjadi tokoh kepimpinan dan inspirasi dalam kehidupan kita.

"Sama-sama kita berselawat ke atas Baginda dan mengamalkan sifat terpuji Baginda dalam kehidupan seharian kita demi keredhaan Allah SWT. Keluarga Malaysia, Pemangkin Kemakmuran," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Perdana Menteri dijadual menghadiri Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan pagi esok, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga dijadual berangkat ke sambutan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Oktober 2022 @ 10:31 PM